Penulis: iJaN
Berita baik buat para penganggur dan mereka yang ingin mencari pekerjaan baru. Mesti anda tidak percaya bila baca tajuk di atas, siapa yang nak bagi duit percuma dengan orang kan. Masuk tandas pun kena bayar 0.20 sen, sesetengah tempat pula caj 0.50 sen untuk masuk tandas.
Ini bukan cobaan atau skim cepat kaya, tapi peluang untuk anda memenangi wang tunai RM500 apabila anda mendaftar dan mendapat kerja melalui sebuah portal pencarian kerja iaitu Jobscentral. Portal ini telah beroperasi sejak dari tahun 2007 dan telah membantu ramai rakyat Malaysia dalam mencari pekerjaan.
Pendaftaran adalah percuma, anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan seperti data-data peribadi, kelayakan dan mula memohon jawatan-jawatan yang disiarkan di laman web tersebut. Apabila anda diterima bekerja, anda perlu mengisi borang khas di laman web Jobscentral.
Jadi, apa tunggu lagi? Daftarkan diri anda melalui link di bawah.